Perm (geologi)
Perm (geologi)

Perm (geologi)


Perm[3] ialah nama untuk tempoh geologi dan sistem stratigrafi yang menjangkau 47 juta tahun dari akhir Tempoh Karbon pada 298.9 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Trias pada 251.902 jtd. Ia merupakan tempoh terakhir Era Paleozoik; kerana Tempoh Trias berikut tergolong dalam Era Mesozoik. Konsep tempoh Perm ini telah diperkenalkan pada tahun 1841 oleh ahli geologi Sir Roderick Murchison, yang menamakannya sempena wilayah Perm di Rusia.[4][5][6][7][8]Tempoh Perm ini menyaksikan percambahan kepelbagaian dua kumpulan amniot, yakni sinapsida dan sauropsida (reptilia). Dunia pada masa itu didominasi dengan superbenua Pangea, yang telah terbentuk akibat perlanggaran benua Euramerika dan benua Gondwana semasa tempoh Karbon. Pangea dikelilingi oleh superlautan Panthalassa. Keruntuhan hutan tropika tempoh Karbon tersebut meninggalkan kawasan padang pasir yang luas di pedalaman benua.[9] Amniot, yang dapat mengatasi keadaan yang lebih kering ini dengan lebih baik, bangkit dan mendominasi menggantikan leluhur amfibianya.Ramai pengarang mengiktiraf sekurang-kurangnya tiga,[10] dan mungkin empat[11] peristiwa kepupusan pada tempoh Perm. Penghujung tempoh Perm Awal (Cisural) menyaksikan pusing ganti fauna yang besar, dengan kebanyakan keturunan sinapsid "pelikosaur" primitif menjadi pupus, digantikan dengan terapsida yang lebih maju. Perakhiran Peringkat Kapitan pada Tempoh Perm telah ditandai dengan peristiwa kepupusan besar-besaran peringkat Kapitan,[12] yang dikaitkan dengan letusan Perangkap Emeishan. Tempoh Perm (bersama dengan era Paleozoik) berakhir dengan peristiwa kepupusan Perm–Trias, yakni kepupusan besar-besaran yang terbesar dalam sejarah Bumi (yang merupakan kepupusan terakhir daripada tiga atau empat krisis yang berlaku pada zaman Perm), yang melibatkan kematian hampir 81% spesies lautan dan 70% spesies daratan, dan kepupusan ini dikaitkan dengan letusan Perangkap Siberia. Ia mengambil masa yang lama sehingga ke tempoh Trias untuk kehidupan pulih daripada malapetaka ini;[13][14][15] dengan ekosistem di daratan mengambil masa 30 juta tahun untuk pulih.[16]

Perm (geologi)

Kegunaan tempatan Global (ICS)
Sempadan bawah GSSP Aidaralash, Pergunungan Ural, Kazakhstan
50°14′45″N 57°53′29″E / 50.2458°N 57.8914°E / 50.2458; 57.8914
Sempadan atas GSSP Meishan, Zhejiang, China
31°04′47″N 119°42′21″E / 31.0798°N 119.7058°E / 31.0798; 119.7058
Keformalan nama Formal
Unit kronologi Tempoh
Keformalan jangka masa Formal
Unit stratigrafi Sistem
Takrif sempadan bawah Datum kewujudan pertama (DKP) konodon Streptognathodus isolatus dalam morfotip kronoklin Streptognathodus wabaunsensis.
Skala masa yang digunakan Skala masa ICS
Takrif sempadan atas FAD konodon Hindeodus parvus.
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP 2001[2]
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP 1996[1]

Rujukan

WikiPedia: Perm (geologi) http://www.ucmp.berkeley.edu/permian/permstrat.htm... http://www.ucmp.berkeley.edu/permian/glassmts.html http://www.geo-lieven.com/erdzeitalter/perm/perm.h... http://www.stratigraphy.org/gssp.htm http://www.stratigraphy.org/ https://www.dictionary.com/browse/Permian https://archive.org/details/ongeologicalstr00keysg... https://archive.org/details/geologyrussiaeu1murc/p... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2010Geo....38.10... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2017ESRv..170......